Friday, 23 September 2011

Salahkah aku?

A sad yet beautiful piece of song. But again, sad.


Kalau inda mau sakit, bercintalah kerana Allah. InsyaAllah, akan dihadirkan Nya ketenangan saat gelisah; akan dihadirkan Nya kekuatan saat lemah. And yang paling penting jua, bercinta kerana Allah membawa ke syurga, insyaAllah :) Siuk kan kalau dapat sama orang-orang yang kita sayang bukan saja di dunia yang sekejap ani tapi di sana yang kekal abadi jua?

Salaams xxx

Sunday, 18 September 2011

If you have Allah, you have everything

SubhanAllah. Alhamdullilah. Allahuakbar.

Indahnya segala aturan Mu, ya Allah. Sangat indah. Aku mohon pada Mu agar Engkau kurniakan diri ku keupayaan untuk sentiasa redha dengan segala yang telah Engkau aturkan buat ku. Kerana sungguh Engkau yang menciptakan diri ku daripada tiada kepada ada, dan hanya Engkaulah yang Maha Mengetahui segala yang terbaik buat diri ku. Diri ku hanya insan yang lemah lagi hina, tidak mempunyai pengetahuan tentang apa apa melainkan apa yang Engkau izinkan untuk aku mengetahuinya.

Ya Allah, bila hati ini dilanda kesedihan, aku mohon agar Engkau kurniakan aku kekuatkan untuk menghadapi kesedihan itu dengan tabah. Bila hati ini dilanda perasaan marah, aku mohon agar Engkau kurniakan aku kesabaran agar dapat ku kawal perasaan marah ku. Bila hati ini dilanda perasaan rindu, aku mohon agar Engkau lindungi aku daripada merinduinya melebihi rindu ku kepada Mu dan kepada Nabi Muhammad SAW. Bila hati ini terasa ingin berputus asa, aku mohon agar Engkau kirimkan aku semangat untuk meneruskan perjuangan di dunia yang sementara ini.

Saratkan hati ku dengan cinta dan rindu buat Mu. Aku ingin, sangat ingin, agar dapat kembali kepada Mu dalam keadaan Engkau redha dengan diri ku. Aku ingin, sangat ingin, agar dapat bersua dengan kekasih Mu, Nabi Muhammad SAW. Izinkan aku mati dalam keadaan aku beriman kepada Mu, wahai Tuhan sekalian alam. Aamiin.